Pertahankan politik yang menyatukan masyarakat – PM

Foto ihsan FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Rakyat Johor diseru terus mempertahankan politik berteraskan harapan, perpaduan dan kasih sayang bagi memastikan agenda reformasi serta usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tolak politik kebencian dan salah guna kuasa; utamakan pertanggungjawaban, keadilan dan ihsan dalam menentukan hala tuju negara.
  • Pelbagai pembaharuan dilaksanakan: memperkukuh tatakelola, membanteras ketirisan, menarik pelaburan dan memulihkan keyakinan antarabangsa.
  • Perjalanan reformasi masih panjang dan belum sempurna; banyak isu perlu diperbaiki untuk manfaat pembangunan dirasai menyeluruh.
  • Sokongan berterusan rakyat penting agar kesejahteraan rakyat diperkasakan dan negara muncul lebih kukuh, saksama dan bermaruah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan yang dibawa tidak pernah hanya tertumpu kepada kemenangan dalam pilihan raya, sebaliknya menjadi medan menentukan hala tuju negara sama ada terus terikat dengan politik lama yang dicemari kebencian dan salah guna kuasa atau bergerak ke hadapan dengan berteraskan prinsip pertanggungjawaban, keadilan serta ihsan kepada rakyat.

Menurut beliau, pelbagai pembaharuan telah dilaksanakan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan termasuk memperkukuh tatakelola, membanteras ketirisan, meningkatkan pelaburan serta memulihkan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

“Kita telah membuktikan bahawa apa yang didambakan itu tidak sekadar slogan. Tatakelola diperketat, ketirisan diperangi, pelaburan dipertingkat dan keyakinan dunia terhadap Malaysia memulih.
Namun, perjalanan ini masih panjang dan jauh dari sempurna sifatnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui perjalanan reformasi masih panjang dan belum sempurna kerana masih banyak isu yang perlu diperbaiki serta ditangani.

Katanya, masih terdapat rakyat yang memerlukan pembelaan, suara masyarakat yang perlu didengari dan kelemahan dalam sistem yang perlu diperbetulkan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Johor untuk terus bersama mempertahankan politik yang menyatukan masyarakat dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, dengan sokongan berterusan daripada rakyat, usaha mengangkat martabat negara dapat diperkasakan sekali gus memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang lebih kukuh, saksama dan bermaruah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.