Kanak-kanak tiga tahun maut terjatuh dari tingkat 11

Gambar hiasan

SEPANG, 17 Oktober – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 11, Horizon Suites, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima laporan kejadian kira-kira pukul 5.54 pagi hari ini.
  • Ibu bapa mangsa berada di rumah semasa kejadian.
  • Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.54 pagi, hari ini.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika kejadian, ibu bapa mangsa ada di rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tambah beliau, proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, juga selesai dijalankan.

Polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee, menerusi talian 014-314 5347.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.