Warga Bangladesh protes di Bukit Bintang video lama, disunting guna AI

Video tular memaparkan sekumpulan warga Bangladesh berhimpun dan melakukan protes di Bukit Bintang pada tahun 2022/Foto tular

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Video tular memaparkan sekumpulan warga Bangladesh berhimpun dan melakukan protes di Bukit Bintang disahkan rakaman lama sambutan Tahun Baharu pada 1 Januari 2022.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis Kuala Lumpur sahkan video disunting semula menggunakan AI.
  • Polis: tiada perhimpunan melibatkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober 2026.
  • Isu dalam video berkaitan Commilla di Bangladesh dan latar bangunan lama menunjukkan rakaman lama.
  • Orang ramai dinasihat menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi untuk elak maklumat mengelirukan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Fadil Marsus berkata, video berkenaan disunting semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Katanya, tiada sebarang perhimpunan membabitkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober 2026.

“Isu yang dilaungkan dalam video itu berkaitan isu Commilla di Bangladesh pada tahun sama.

“Latar belakang bangunan Yayasan Selangor yang masih kelihatan lama dan usang turut menjadi petunjuk bahawa video berkenaan merupakan rakaman lama,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran maklumat mengelirukan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.