
GEORGE TOWN, 17 April – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti rakaman video tular memaparkan tindakan berbahaya seorang pemandu bas ekspres disyaki memandu dalam keadaan tidak stabil dan berbahaya.
- JPJ meneliti rakaman video tular memaparkan pemandu bas ekspres memandu secara tidak stabil dan berbahaya.
- Kes disiasat bersama PDRM; PDRM ambil alih kes jenayah, JPJ siasat pelanggaran Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu pengangkutan awam yang gagal mematuhi peraturan demi keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramly, kes akan disiasat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya wujud elemen jenayah atau pelanggaran peraturan jalan raya.
Manakala JPJ akan menyiasat dari sudut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Akan diambil alih oleh pihak PDRM terlebih dahulu. Kerana kes-kes yang melibatkan kes polis ni kita perlu serahkan dahulu kepada PDRM, dan kes-kes yang JPJ boleh ambil yang berkaitan dengan Akta Pengangkutan Jalan yang tak melibatkan elemen jenayah, kemalangan dan sebagainya, JPJ boleh tengok. Tapi kita ada konsensus bersama dengan PDRM yang mana yang kita nak siasat,” katanya dalam sidang media Pelancaran Nombor Siri Pendaftaran Istimewa (NPI) di The Top KOMTAR, hari ini.
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu pengangkutan awam yang gagal mematuhi peraturan, demi menjamin keselamatan penumpang
dan pengguna jalan raya yang lain.
Terdahulu tulat di media sosial memaparkan video pemandu bas dalam keadaan mencurigakan atau berbahaya.