
GEORGE TOWN, 17 April– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan menerima beberapa aduan berkaitan dakwaan pemindahan hak milik nombor pendaftaran kenderaan unik
tanpa pengetahuan pemilik asal.
- JPJ jalankan siasatan terperinci untuk tentukan kepincangan prosedur atau penyalahgunaan kuasa.
- JPJ komited bantu pemilik namun meneliti setiap kes secara terperinci sebelum tindakan berdasarkan fakta dan perundangan.
- Kemungkinan penglibatan orang dalam disiasat; pendekatan 'kes demi kes' untuk kenal pasti tindakan undang-undang sesuai.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata siasatan terperinci sedang dijalankan sekiranya berlaku kepincangan prosedur atau penyalahgunaan kuasa.
JPJ juga komited membantu pemilik namun perlu meneliti setiap kes secara terperinci sebelum sebarang tindakan diambil bagi memastikan keputusan dibuat berlandaskan fakta dan perundangan.
“Mungkin ada penglibatan orang dalam, tetapi kami perlu laksanakan dulu siasatan berkaitan dengan isu tersebut. Kita perlu siasat “kes by kes”. Siasatan teliti perlu dibuat dan kemudian kita perlu kenal pasti apa perundangan-perundangan yang boleh kita laksanakan,” katanya dalam sidang media Majlis Peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena ulang tahun ke-80 JPJ di The Top Komtar, di sini hari ini.
Terdahulu, seorang ahli perniagaan perkhidmatan kereta sewa mendakwa nombor pendaftaran Toyota Alphard milik syarikatnya dipindahkan hak milik tanpa kebenaran selepas disewakan kepada ejen kereta sewa pada Januari lalu