Trend pemilikan EV semakin meningkat di Malaysia

Yap di majlis pelancaran buku Malaysia Car of The Year, di Petaling Jaya, hari ini. Foto RTM

PETALING JAYA, 17 April – Orang ramai kini semakin terbuka untuk memiliki kenderaan elektrik (EV) apabila permintaan untuk kenderaan itu di Malaysia semakin meningkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Zeekr 009 dinobatkan sebagai Malaysia Car of the Year 2026, meneruskan dominasi kenderaan elektrik selepas kejayaan BYD Seal.
  • Panel juri menguji kira-kira 200 model baharu tahun lalu, kebanyakannya kenderaan elektrik, mempengaruhi keputusan pemenang.
  • Editor Chips Yap berkata trend peralihan mencerminkan keyakinan rakyat untuk memiliki kenderaan elektrik pada masa depan.

Menurut Editor MotaAuto.Com Chips Yap, trend peralihan kepada kenderaan EV mencerminkan keyakinan rakyat untuk memiliki kenderaan elektrik pada masa depan.

Perkara itu terbukti apabila MPV EV premium, Zeekr 009 dinobat sebagai pemenang Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2025, meneruskan dominasi EV selepas kejayaan BYD Seal tahun lalu.

“Saya rasa ini menunjukkan penerimaan rakyat Malaysia ke arah perubahan kepada kenderaan elektrik pada masa depan. Oleh yang demikian, proses penjurian kami juga berpandukan kepada perubahan tersebut. Tahun lalu, kami telah menguji kira-kira 200 model baharu, dan kebanyakkannya adalah kenderaan elektrik. Dengan jumlah kenderaan elektik yang banyak diuji, tidak mengejutkan kenderaan tersebut dipilih sebagai pemenang.”

Yap ditemui selepas majlis pelancaran buku, Malaysia Car of The Year, di sini, hari ini.