
NEW DELHI, 14 Mei – Malaysia menegaskan bahawa segala pertikaian di Asia Barat perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
- Pendirian Malaysia: segala pertikaian Asia Barat harus diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan kepada undang-undang antarabangsa untuk keamanan dan kestabilan.
- Menteri Luar menghadap rakan sejawat Iran bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesan konflik Asia Barat terhadap keselamatan serantau.
- Perbincangan dengan Menteri Luar Cuba menzahirkan penghargaan atas sokongan Malaysia menamatkan sekatan sehala Amerika Syarikat terhadap Cuba.
- Kunjungan hormat kepada Perdana Menteri India membincangkan usaha memperkukuh kerjasama BRICS ke arah hubungan lebih erat dan saling bermanfaat.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pendirian itu disampaikan dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Iran, Dr Seyed Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara Rakan BRICS 2026 di sini, hari ini.
Dalam pertemuan itu, beliau turut mendapatkan perkembangan terkini mengenai konflik di Asia Barat yang terus memberikan kesan terhadap kestabilan serantau dan keselamatan antarabangsa.
“Malaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.