JKM buka permohonan subsidi yuran pembelajaran anak autisme 2026

Permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 dibuka bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026. – JKM

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengumumkan pembukaan semula permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insentif RM1,000 satu kali bagi pemohon layak untuk subsidi yuran pembelajaran autisme.
  • Disasarkan kepada komuniti autisme berdaftar di bawah seliaan JKM, kini seramai 99,459.
  • Kriteria: warganegara, pemegang Kad OKU JKM kategori autisme bawah 18 tahun, pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000.
  • Pemohon mesti mengikuti sesi di pusat pembelajaran bertauliah seperti PUSPA; hubungi pejabat JKM daerah atau media rasmi untuk maklumat dan permohonan.

Inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam memastikan anak-anak autisme mendapat akses pendidikan serta intervensi awal yang berkualiti.

Menerusi hantaran di media sosial rasmi JKM, pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM1,000 seorang.

Insentif berkenaan disasarkan kepada komuniti autisme di Malaysia yang berdasarkan statistik kini seramai 99,459 yang berdaftar di bawah seliaan JKM.

Pemohon yang layak akan menerima bantuan kewangan secara ‘one-off’ sebanyak RM1,000 seorang – JKM

“Bagi memastikan bantuan disalurkan secara bersasar, JKM menetapkan beberapa kriteria kelayakan utama termasuk pemohon mestilah warganegara Malaysia dan merupakan pemegang Kad OKU JKM (kategori autisme) berumur di bawah 18 tahun,”

“Selain itu, pendapatan per kapita isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan, manakala pemohon mestilah sedang mengikuti sesi di pusat pembelajaran bertauliah seperti di Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA),” menurut kenyataan itu

Ibu bapa atau penjaga yang memenuhi syarat-syarat di atas dinasihatkan untuk segera membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada Julai depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi atau hadir terus ke Pejabat JKM Daerah yang berhampiran dan maklumat rasmi juga boleh didapati menerusi saluran media sosial serta portal rasmi JKM.