
KUANTAN, 16 Jun – Seorang individu dikhuatiri lemas, di Sungai Kobat dekat Taman Impian Jalan Sungai Lembing.
- Mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, 26, jatuh ke sungai ketika menaiki bot semasa aktiviti menjaring bersama rakannya.
- Rakan mangsa, Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 24, dilaporkan selamat.
- Panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.23 pagi, BBP Indera Mahkota dikerahkan bersama jentera ke lokasi.
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan kerjasama Pasukan Penyelamat di Air BBP Bukit Angin dan dilaporkan kepada PERHILITAN.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan mangsa, Muhammad Firdaus Zuharsema, 26 tahun yang menaiki bot ketika melakukan aktiviti menjaring bersama rakannya, terjatuh ke sungai berkenaan.
Dalam insiden berkenaan, rakan mangsa Badrul Afiq Jaillany Zam Zam, 24 tahun selamat.
“Panggilan kecemasan mengenai insiden diterima pada pukul 10.23 pagi tadi.
“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota bersama jentera ke lokasi.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksana di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh.
“SAR yang masih diteruskan turut mendapat kerjasama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Bukit Angin,”katanya.
Insiden turut dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).