44 kenderaan mewah disita dalam Op Luxury di Johor

Antara kenderaan mewah yang disita JPJ Johor dalam Op Luxury – Foto RTM

JOHOR BAHRU, 18 Mei – 44 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor atas pelbagai kesalahan menerusi Op Luxury dijalankan sejak Januari hingga semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kesalahan dikesan termasuk LKM tamat, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu serta pelanggaran teknikal.
  • JPJ mengeluarkan 22 notis terhadap pemilik dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.
  • JPJ menjalankan pemeriksaan teknikal untuk memastikan keselamatan kenderaan; tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin, antara kesalahan dikesan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada lesen memandu dan kesalahan teknikal.

22 notis turut dikeluarkan terhadap pemilik dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.

Dalam operasi berkenaan, JPJ turut menjalankan pemeriksaan teknikal bagi memastikan kenderaan selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan risiko kepada pengguna lain.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.