fb fb fb fb fb

Keldai akaun: Pekerja kilang, pembantu jualan didenda RM10,000

Mohammad Syafiq Azmi (kiri) dan Awie Serah ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kluang/ Foto RTM

KLUANG, 22 Ogos - Seorang pekerja kilang dan seorang pembantu jualan didenda RM10,000 di Mahkamah Sesyen Kluang, selepas mengaku bersalah, menjadi keldai akaun bagi sindiket pemerasan berunsur seks secara dalam talian, pada Januari lalu.

Tertuduh, Mohammad Syafiq Azmi, 30 tahun dan Awie Serah, 27 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara tidak langsung, terlibat dalam transaksi kemasukan wang berjumlah RM100 dan RM3,500 ke dalam akaun bank masing-masing tanpa tujuan sah.

Kesalahan dilakukan di Jalan Mengkibol, Kampung Mengkibol, Kluang, pada 3 Januari lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ramizah Razli, mengikut Seksyen 424C (1) Kanun Keseksaan.

Manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN