fb fb fb fb fb

Pyanhabib meninggal dunia pada usia 66 tahun

Seniman Pyanhabib Rahman menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di Hulu Kelang sebentar tadi

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Seniman Pyanhabib Rahman, 66, meninggal dunia di kediaman beliau di Hulu Kelang, malam ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh isteri Allahyarham di laman Facebook sebentar tadi.

"Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali pada pencipta-Nya.

"Maaf kan kesalahannya doakan yang baik-baik untuknya," katanya.

Selain itu, berita pemergian penyair terkenal itu turut dikongsi oleh EXCO Selangor, Mohd Najwan Halimi di laman sosialnya.

"Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafasnya terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

"Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada Allah jua kita akan kembali," kongsinya di laman sosial.

Menerusi ruangan Facebook, hantaran terakhir Allahyarham pada 29 Mei lalu yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-66 tahun.

Allahyarham turut memuat naik sekeping gambar bersama cucu-cucunya dan isteri sambil memotong kek.

"27 Mei (1958), genap usia saya 66 tahun. Cucu minta potong kek, saya pun potong kek," kongsi Allahyarham.

GRACE AISYAH KEDAYAN