Lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara di Sudan

Foto Fail AFP

KHARTOUM, 16 Oktober – Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terkorban dan seorang wanita cedera selepas serangan udara memusnahkan sebuah rumah di wilayah Kordofan Utara, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Emergency Lawyers mengesahkan serangan berlaku di kampung Abu Zaeima, kawasan dikuasai Rapid Support Forces (RSF).
  • Serangan dilancarkan menggunakan pesawat Antonov milik tentera kerajaan Sudan.
  • Serangan berlaku ketika pertempuran antara tentera kerajaan dan RSF memuncak di Kordofan, memburukkan konflik lebih tiga tahun.
  • PBB melaporkan lebih 1,100 terbunuh akibat serangan dron di Sudan dalam enam bulan pertama tahun ini.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia, Emergency Lawyers mengesahkan serangan berlaku di kampung Abu Zaeima iaitu kawasan yang dikuasai kumpulan Rapid Support Forces (RSF).

Serangan dilancarkan menggunakan pesawat jenis Antonov milik tentera kerajaan Sudan.

Insiden berdarah itu berlaku ketika pertempuran antara tentera kerajaan dan RSF semakin memuncak di Kordofan, memburukkan lagi konflik saudara yang berlanjutan lebih tiga tahun.

Konflik berpanjangan ini telah mengorbankan puluhan ribu nyawa serta meragut ketenteraman jutaan penduduk yang terpaksa melarikan diri.

Penggunaan dron dan serangan udara di lokasi awam terus menyaksikan kadar korban yang tinggi, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut data Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), lebih 1,100 orang terbunuh akibat serangan dron di seluruh Sudan sepanjang enam bulan pertama tahun ini.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.