
ODENSE, 16 Oktober – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Denmark selepas menumpaskan gandingan Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.
- Pasangan negara menang straight set 21-12, 21-19 di pusingan kedua.
- Mereka akan berdepan Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand dalam suku akhir Jumaat.
- Treesa-Gayatri mencipta kejutan menewaskan pilihan kelima Indonesia 21-16, 21-17.
- Beregu campuran Goh-Shevon tersingkir pusingan kedua selepas tewas 21-17, 21-18 kepada tuan rumah.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Jyske Bank Arena, pasangan negara yang tampil selaku pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan straight set 21-12, 21-19.
Menjelang aksi suku akhir pada Jumaat, Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand.
Pasangan India itu melakar kejutan selepas menewaskan pilihan kelima dari Indonesia, Rachel Allessya-Rose Febi Setianingrum 21-16, 21-17.
Nasib berbeza pula dialami beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila kemaraan mereka terhenti di pusingan kedua.
Pasangan suami isteri itu akur selepas tewas kepada wakil tuan rumah, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 21-17, 21-18.