Reformasi tenis 2028: ATP rombak ranking, tambah bonus pemain

Foto Fail AFP

PARIS, 16 Oktober – Arena tenis bakal menyaksikan perubahan ketara bermula 2028 selepas Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP) membentangkan cadangan untuk merombak sistem ranking dunia dan meningkatkan kadar pembayaran bonus kepada para pemain.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan semua kejohanan Masters 1000 akan dikira penuh dalam ranking tanpa kebenaran penggantian mata.
  • Langkah ini bertujuan mengelak 'overplaying' dan menghalang pemain sertai terlalu banyak kejohanan untuk kejar mata.
  • Peruntukan tahunan melebihi AS$100 juta termasuk bonus AS$25 juta untuk kelompok 250 teratas serta pembaharuan pengagihan hadiah beregu.
  • ATP harap reformasi kurangkan kecederaan serius, tingkatkan kualiti persaingan dan bantu pemain rancang masa rehat serta pemulihan.

Perubahan tersebut akan mewajibkan kesemua keputusan kejohanan Masters 1000 dikira secara penuh dalam kedudukan ranking tanpa kebenaran penggantian mata.

“Tindakan ini bertujuan mengelak masalah ‘overplaying’ atau terlebih beraksi dalam kalangan pemain,” jelas kenyataan ATP.

Selain itu, ATP turut menyediakan peruntukan tahunan melebihi AS$100 juta bagi pampasan pemain, termasuk bonus AS$25 juta untuk kelompok 250 teratas dunia dan pengagihan semula hadiah wang tunai menerusi pembaharuan saingan acara beregu.

Perubahan perubahan sistem ranking baharu yang akan dikuatkuasakan mulai 2028 susulan isu keletihan yang melanda bintang tenis dunia seperti Jannik Sinner dan Carlos Alcaraz,

Langkah ini juga ujarnya bertujuan menghalang pemain daripada menyertai terlalu banyak kejohanan semata-mata untuk mengejar mata tebusan selepas tewas pada pusingan awal.

“Dengan perubahan ini, mata kejohanan Masters 1000 akan dikira secara mutlak, sekali gus membolehkan pemain merancang masa rehat dan pemulihan dengan lebih teratur.

“ATP berharap reformasi ini mampu mengurangkan kecederaan kritikal pemain utama dunia serta meningkatkan kualiti persaingan di peringkat tertinggi,” menurut kenyataan sama.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.