Konvensyen Masjid Nusantara perkukuh kesepakatan, perkasa peranan masjid

Foto Facebook JAKIM

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Konvensyen Masjid Nusantara dan Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyaksikan komitmen untuk memperkukuh kesepakatan serta memperkasa peranan institusi masjid di rantau ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema konvensyen: Masjid Harmoni, Berakar Inovasi, Ummah Diberkati.
  • Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.
  • Kekayaan sejarah, tradisi keilmuan dan pengalaman pengurusan masjid buka ruang berkongsi amalan terbaik serta membangunkan inovasi.
  • Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol, Kelantan dianugerakan Anugerah Perdana; menerima RM200,000 dan trofi, 14 anugerah lagi disampaikan.

Program bertemakan “Masjid Harmoni, Berakar Inovasi, Ummah Diberkati” yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan membina kesepakatan dan memperkukuh kerjasama antara institusi masjid di rantau Nusantara.

“Kekayaan sejarah Islam, tradisi keilmuan serta kepelbagaian pengalaman pengurusan masjid membuka ruang untuk saling belajar, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan inovasi demi memperkasa peranan masjid dalam kehidupan ummah,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar konvensyen berkenaan menjadi titik tolak kepada pembentukan jaringan masjid Nusantara yang lebih tersusun, mampan dan berterusan, seterusnya berkembang sebagai sebuah gerakan bersama di peringkat rantau.

Pada majlis sama, Masjid Sultan Ismail Petra, Mukim Banggol, Kelantan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana bagi Anugerah Masjid Malaysia 2026.

Masjid berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 beserta trofi, selain 14 anugerah lain turut disampaikan kepada masjid-masjid contoh di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.