Pendigitalan pacu sektor pembinaan ke arah proses lebih efisien – KKR

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga, kanan) melancarkan Menarabena Platform bersama CIDB/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Pendigitalan berupaya memacu sektor pembinaan ke arah kaedah pemprosesan yang lebih efisien.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghubungkan perniagaan ke perniagaan untuk akses bahan, perolehan dan pemasaran ke pasaran antarabangsa.
  • Memudahkan pencarian maklumat produk, pensijilan, pengeluaran dan simpanan supaya syarikat mendapat maklumat dengan cepat.
  • Memendekkan masa proses perolehan dari enam bulan kepada dua hingga tiga bulan serta meningkatkan kecekapan dan pengurangan kos.

Menurut Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia dapat menghubungkan ‘perniagaan ke perniagaan’ atau ‘B2B’ terhadap kemudahan akses kepada bahan pembinaan, proses perolehan dan pemasaran ke persada dunia.

“Pendigitalan dapat membantu memudahkan pencarian maklumat sumber produk, pensijilan, pengeluaran produk pembinaan, simpanan serta memberi ruang dan peluang untuk syarikat pembinaan mendapat maklumat dengan cepat.

“Proses yang sebelum ini memakan masa enam bulan mampu dipendekkan menjadi dua hingga tiga bulan sahaja, malah ia mampu dipendekkan lagi setelah penambahbaikan dipertingkat,” katanya.

Beliau menambah, unjuran daripada pendigitalan ini juga mampu meningkatkan kecekapan serta pengurangan kos di dalam semua urusan melibatkan pembinaan.

Beliau menyatakannya kepada media selepas majlis perasmian MENARABENA di sini pada Khamis.

Pelancaran MENARABENA oleh Menara Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Construction Industry Development Board (CIDB) Holdings Sdn Bhd bertujuan membantu pemain industri membuat keputusan perolehan yang lebih baik dengan mempertimbang bukan sahaja harga, malah kualiti produk, keperluan teknikal dan maklumat pembekal.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.