fb fb fb fb fb

Malam Galau ST12, disambut meriah peminat Malaysia

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 November- Malam Galau ST12 mengimbau kembali memori di awal kemunculan band dari Indonesia itu.

Persembahan berdurasi dua jam itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 2,000 peminat dari seluruh Malaysia.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu meraikan 18 karya terbaik ST12 seperti Putih-Putih Melati, P.U.S.P.A, Jangan Pernah Berubah dan Cari Pacar Lagi.

Persembahan ST12 juga diserikan dengan Vokal Firman Siagian yang menyanyikan tujuh buah lagu kumpulan itu dan single terkenal beliau, 'Kehilangan'.

Pentas turut menampilkan Hazama yang mendendangkan single kolaborasi sulung bersama ST12, 'Harapan tak kunjung usai' .

Pemain dram, Pepep atau Ilham Febry berharap peminat mereka di Malaysia terus memberi sokongan padu, khususnya buat single terbaharu mereka bersama Hazama.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM