
BANDAR GAZA, 19 Julai – Lima rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak maut dalam serangan udara Israel ke atas sebuah apartmen di kawasan kejiranan Nasr di sini pada Sabtu.
- Serangan turut mengakibatkan kecederaan kepada beberapa lagi individu.
- Saksi berkata ia memusnahkan apartmen dan merosakkan beberapa rumah berhampiran.
- Kementerian Kesihatan Gaza: lebih 1,144 terbunuh dan 3,703 cedera sejak gencatan senjata 10 Oktober 2025 hingga Jumaat.
- Sejak Oktober 2023, operasi Israel di Gaza membunuh lebih 73,000 dan mencederakan lebih 173,000; kira-kira 90 peratus infrastruktur musnah.
Serangan tersebut turut mengakibatkan kecederaan ke atas beberapa lagi individu.
Saksi berkata serangan tersebut bukan sahaja memusnahkan apartmen berkenaan, malah merosakkan beberapa rumah berhampiran.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 1,144 rakyat Palestin terbunuh dan 3,703 lagi cedera dalam serangan tentera Zionis sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025 hingga Jumaat.
Manakala sejak Oktober 2023, operasi ketenteraan Israel di Gaza telah mengorbankan lebih 73,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 173,000 yang lain.
Selain itu, kira-kira 90 peratus infrastruktur awam di wilayah berkenaan turut dilaporkan musnah. – REUTERS