Banjir kilat di Jammu dan Kashmir ragut 10 nyawa

Foto REUTERS

SRINAGAR, 19 Julai – Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala beberapa lagi masih hilang selepas banjir kilat melanda bandar Rajouri di Jammu dan Kashmir yang ditadbir India pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat menyebabkan Sungai Dharali melimpah dan memecahkan benteng, merosakkan rumah serta kenderaan.
  • Penduduk di kawasan rendah dipaksa berpindah ke lokasi selamat.
  • Kerajaan berkata akan melakukan segala yang termampu bagi membantu penduduk terjejas.
  • Jabatan Meteorologi memberi amaran hujan lebat, ribut petir dan kilat dijangka berterusan; saintis kaitkan kejadian dengan perubahan iklim.

Hujan lebat mengakibatkan air Sungai Dharali melimpah dan memecahkan benteng, sekali gus merosakkan rumah serta kenderaan.

Keadaan itu memaksa penduduk di kawasan rendah berpindah ke lokasi selamat.

Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah berkata kerajaan akan melakukan segala yang termampu bagi membantu penduduk terjejas.

Pihak berkuasa turut digesa mengerahkan jentera bagi mengeluarkan kenderaan yang terperangkap dalam lumpur.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran bahawa hujan lebat, ribut petir dan kilat dijangka berterusan di seluruh wilayah itu.

Sebahagian saintis berpandangan perubahan iklim menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh di kawasan Himalaya menjadi semakin kuat serta lebih kerap berlaku. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.