Korea Utara lancar ujian peluru berpandu menjelang lawatan Trump ke Korea Selatan

SEOUL, 29 Oktober – Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu laut ke permukaan di luar pantai baratnya, sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memulakan lawatan ke Korea Selatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu laut ke permukaan di luar pantai baratnya.
  • Peluru berpandu dilancarkan secara menegak dari Laut Kuning dan terbang lebih dua jam.
  • KCNA memetik Pak Jong Chon berkata Pyongyang mencapai "kejayaan penting" sebagai kuasa nuklear.
  • Kim Jong Un tidak hadir pada pelancaran ujian kali ini, juga tidak hadir pada ujian hipersonik minggu lalu.
  • Ujian itu berlaku sehari sebelum lawatan Presiden AS Donald Trump ke Korea Selatan; Pyongyang belum menjawab jemputan.

Peluru berpandu itu dilancarkan secara menegak dari Laut Kuning dan terbang selama lebih dua jam, menurut agensi berita rasmi negara, KCNA pada Rabu.

KCNA memetik pegawai tertinggi tentera, Pak Jong Chon yang menyelia ujian itu sebagai berkata, Pyongyang sedang mencapai “kejayaan penting” sebagai “kuasa nuklear”.

Namun, pelancaran ujian peluru berpandu kali ini tidak disaksikan oleh pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

Beliau juga tidak hadir pada pelancaran ujian beberapa peluru berpandu hipersonik, minggu lalu.

Trump sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertemu Jong Un minggu ini ketika beliau membuat lawatan pertamanya ke Semenanjung Korea pada penggal kedua pentadbirannya.

Kedua-dua pemimpin kali terakhir bertemu pada 2019 di Zon Penampan Tentera (DMZ).

Korea Utara masih belum menjawab secara terbuka jemputan itu. -AFP