Empat jam tangan bernilai AS$1.3 juta dicuri dari kedai di Tokyo

Pegawai Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memeriksa kawasan sekitar sebuah kedai jam tangan yang dipecah masuk di Nakano Broadway, Wad Nakano, Tokyo, Jepun pada 25 Ogos 2026/ Reuters

TOKYO, 25 Ogos- Empat jam tangan bernilai kira-kira 200 juta yen (AS$1.3 juta) dicuri pada Selasa dari sebuah kedai di kompleks membeli-belah yang popular dalam kalangan peminat komik dan animasi Jepun di Tokyo, manakala dua individu dipercayai melarikan diri dari lokasi kejadian, menurut polis, lapor Kyodo News.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang suspek bertopeng hitam dan cermin mata hitam menggunakan tukul untuk memecahkan cermin pameran berhampiran pintu masuk kedai.
  • Suspek melarikan diri menggunakan skuter elektrik selepas memecahkan cermin.
  • Kejadian berlaku ketika kedai dibuka; semua lima kakitangan yang berada di dalam kedai tidak cedera.
  • Panggilan kecemasan dibuat kira-kira tengah hari melaporkan cermin pameran dipecahkan dan beberapa barangan dibawa lari.

Sekurang-kurangnya seorang individu yang memakai pelitup muka hitam dan cermin mata hitam menggunakan tukul untuk memecahkan cermin pameran berhampiran pintu masuk kedai di kompleks Nakano Broadway sebelum melarikan diri dengan skuter elektrik.

Kejadian rompakan itu berlaku ketika kedai berkenaan dibuka.

Tiada seorang pun daripada lima kakitangan yang berada di dalam kedai cedera, menurut polis.

Panggilan kecemasan dibuat kepada polis kira-kira tengah hari memaklumkan bahawa seseorang telah memecahkan cermin pameran dan melarikan diri dengan membawa beberapa barangan di dalamnya. -BERNAMA-KYODO

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.