Perkhidmatan awam Norway jadi sasaran serangan siber

Gambar hiasan

ISTANBUL, 25 Ogos- Beberapa perkhidmatan awam di Norway menjadi sasaran serangan siber sejak Isnin, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar NRK pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Digdir memaklumkan serangan bermula Isnin malam dan berterusan dengan kekuatan yang tidak berkurangan.
  • Selepas sekitar 30 jam, sebanyak 10 perkhidmatan awam dilaporkan terjejas.
  • Ini adalah serangan DoS ketiga dalam sembilan minggu; penggodam tidak memperoleh akses maklumat sensitif.

Agensi Pendigitalan Norway (Digdir) memaklumkan kepada NRK bahawa serangan itu bermula pada Isnin malam dan berterusan dengan “kekuatan yang tidak berkurangan”.

Selepas serangan berlanjutan kira-kira 30 jam, sebanyak 10 perkhidmatan dilaporkan terjejas akibat masalah itu.

Insiden itu dilaporkan merupakan serangan penafian perkhidmatan (DoS) ketiga yang dihadapi Digdir dalam tempoh sembilan minggu lepas.

“Ciri serangan terbaharu ini, yang kini berlanjutan selama sehari dan serangannya dua hingga tiga kali lebih besar berbanding yang kami alami sebelum ini,” kata pegawai media Are Kvistad kepada NRK.

Walaupun pihak berkuasa tidak mahu membuat spekulasi mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu, Kvistad berkata ia mungkin mengambil masa untuk semua sistem kembali beroperasi sepenuhnya walaupun selepas serangan dihentikan dan masalah diselesaikan.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa penggodam tidak mempunyai akses kepada maklumat sensitif yang disimpan dalam sistem berkenaan. -BERNAMA-ANADOLU

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.