
KHARTOUM, 9 Oktober – Serangan dron yang dilancarkan kumpulan separa tentera Sudan, Rapid Support Forces (RSF), mengorbankan 26 wanita dan empat kanak kanak pada Jumaat.
- Serangan berlaku di wilayah Wad al-Mahi, negeri Blue Nile berhampiran sempadan tenggara dengan Ethiopia.
- Kawasan sempadan dengan Ethiopia menjadi medan pertempuran terbaharu antara tentera kerajaan dan RSF.
- Perang dalaman kini berisiko merebak menjadi konflik serantau.
- Sejak April 2023, konflik dianggarkan membunuh lebih 200,000 orang, mencetuskan krisis kebuluran dan perpindahan penduduk terbesar di dunia.
Menurut Gabenor Wad al-Mahi, Mahgoub al-Sheikh, serangan itu berlaku di wilayah Wad al-Mahi, negeri Blue Nile berhampiran sempadan tenggara Sudan dengan Ethiopia.
Kawasan sempadan dengan Ethiopia kini menjadi medan pertempuran terbaharu dalam perang antara tentera kerajaan Sudan dengan RSF, ketika konflik dalaman itu berisiko merebak menjadi perang serantau.
Petugas bantuan kemanusiaan memaklumkan, sejak perang tercetus pada April 2023, konflik itu dianggarkan telah mengorbankan lebih 200, 000 orang, selain mencetuskan krisis kebuluran dan perpindahan penduduk terbesar di dunia. – AFP