
JOHOR BAHRU, 28 November – Graduan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) pada ketika ini, berpotensi menerima minimum gaji permulaan RM 3,000 selaras usaha kerajaan dalam meningkatkan kadar gaji minimum baharu.
- Kadar gaji permulaan ditetapkan melalui libat urus dengan pihak industri, bukan secara paksaan.
- Sesetengah industri menawarkan gaji permulaan RM3,500, manakala bidang tertentu menawarkan sehingga RM7,000.
- Ramai graduan TVET telah bekerja di syarikat multinasional.
- Nilai Unit Amanah Terbuka untuk masyarakat India dicadangkan meningkat daripada RM1.5 bilion kepada RM3 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penetapan kadar itu dibuat menerusi pendekatan libat urus bersama pihak industri.
“Ini kita lakukan bukan dengan memaksa, sebaliknya melalui libat urus. Ada industri yang memulakan dengan gaji RM3,500 dan dalam bidang tertentu, gaji permulaannya RM7,000.
“Ramai dalam kalangan lulusan TVET telah bekerja di MMC (Multi National Corporation),” katanya demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan MIC Ke-80 di sini.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mencadangkan supaya nilai Unit Amanah Terbuka berjumlah RM1.5 bilion untuk masyarakat India di bawah Pelan Induk Masyarakat India Malaysia (MIB) ditingkatkan kepada RM3 bilion.
Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan kerana peruntukan sedia ada sebanyak RM1.5 bilion disifatkan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat berkenaan.