Belanjawan 2027: Perkasa industri kreatif, angkat citra negara

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Lebih RM130 juta diperuntukkan untuk terus memperkasakan industri karya kreatif dalam mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkasakan industri kreatif untuk angkat citra negara, cipta pekerjaan dan bawa karya tempatan ke pentas antarabangsa.
  • Memperkasa Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI untuk memperkukuh peranan dan capaian maklumat kepada rakyat.
  • Kerjasama MCMC dan KKM laksanakan Rekod Perubatan Elektronik EMR bagi perkhidmatan kesihatan digital yang lebih lancar dan pantas.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata Kementerian Komunikasi menyambut baik peruntukan itu yang turut merangkumi RM142 juta bagi memperkasa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

“Dalam Ucapan Belanjawan 2027, ada beberapa projek dan juga peruntukan yang sangat baik. Sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM130 juta untuk sektor perfileman tempatan, muzik dan juga industri kreatif.

“Saya percaya dana ini bolehlah terus membantu industri filem, industri muzik, dan juga kandungan kreatif tempatan. Selain daripada itu, kedudukan NADI akan terus diperkasa dengan satu dana sebanyak RM142 juta,” katanya.

Beliau turut menyentuh kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pelaksanaan projek Rekod Perubatan Elektronik (EMR) yang melibatkan dana RM1 bilion.

“Kita juga melihat MCMC akan membantu memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan kesihatan digital dengan lebih lancar. Oleh itu, MCMC akan menyediakan dana sebanyak RM1 bilion bagi melaksanakan projek EMR (Electronic Medical Record).

“Saya percaya dengan adanya EMR, kita dapat memastikan mereka yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan awam dan hospital kerajaan menerima perkhidmatan yang lebih pantas,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.