fb fb fb fb fb

PEKEMA sasar bina 400 stesen pengecas EV

PEKEMA sasar bina 40 unit stesen pengecasan EV menjelang akhir tahun ini.

CYBERJAYA, 21 Ogos- Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) menyasar untuk membina 40 unit stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata, penyediaan stesen pengecasan itu akan disokong pelancaran model EV, Dongfeng BOX Oktober ini.

Jelasnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri menerusi pasukan petugas khas berkaitan EV telah menetapkan sasaran 400 stesen pengecasan kepada PEKEMA, menjelang 2025.

"Jadi setiap bilik pameran itu telah ada setiap satu 'charging point'..kalau 20 syarikat itu sudah ada 20 'charging point'.

"Setiap ahli yang menjual produk Dongfeng ini mereka juga kena 'setup the charging station' di bilik pameran masing-masing. Jadi saya berasakan 400 target itu, insya-Allah boleh dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran model baharu EV tersebut.

Jun lalu, PEKEMA melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd menjalin kerjasama dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi pengeluaran dan pemasangan EV keluaran Dongfeng Motor.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM