Banjir Selangor: PM umum bantuan tunai tambahan RM2,500

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 November – Kerajaan mengumumkan bantuan tunai tambahan khas sebanyak RM2,500 kepada setiap penduduk terjejas banjir yang layak di Selangor, dengan proses pembayaran dijangka bermula esok (10 November).

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan bertujuan meringankan beban isi rumah yang terjejas serta menggantikan barangan keperluan yang rosak atau musnah akibat banjir.
  • Kaedah pelaksanaan dan syarat kelayakan bagi penerima akan diumumkan oleh agensi pelaksana dalam masa terdekat.
  • Perdana Menteri mengarahkan agensi berkaitan mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir.
  • Tumpuan diberi kepada kawasan berisiko tinggi untuk menangani risiko kejadian banjir berulang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban isi rumah yang terjejas bagi menggantikan barangan keperluan yang rosak atau musnah akibat bencana berkenaan.

“Kaedah pelaksanaan serta syarat kelayakan terperinci bagi penerima bantuan khas tersebut akan diumumkan oleh agensi pelaksana yang dilantik dalam masa terdekat,” jelas kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut mengarahkan agensi berkaitan supaya mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi menangani risiko kejadian banjir berulang di kawasan berisiko tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.