
KUALA SELANGOR, 9 November – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang di sini, petang tadi.
- Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semasa tinjauan lokasi terjejas banjir.
- Lawatan itu merupakan sebahagian daripada sesi tinjauan ke beberapa lokasi terjejas di daerah Kuala Selangor.
- JKM memaklumkan empat PPS dibuka di Kuala Selangor (609 penduduk, 170 keluarga); Perak aktifkan dua PPS (414 penduduk, 124 keluarga).
Ketibaan beliau pada kira-kira pukul 4 petang itu diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada sesi tinjauan Datuk Seri Anwar ke beberapa lokasi terjejas banjir di daerah ini.
Setakat pukul 5 petang tadi, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak empat PPS dibuka di Kuala Selangor.
“Seramai 609 penduduk terjejas daripada 170 keluarga berlindung di PPS berkenaan.
“Manakala di Perak, sebanyak dua PPS diaktifkan melibatkan 414 penduduk terjejas daripada 124 keluarga,” menurut portal berkenaan.