fb fb fb fb fb

Pasaran getah Malaysia ditutup rendah seiring niaga hadapan getah serantau

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 April- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Jumaat seiring penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan ketiadaan pembeli China ekoran penutupan niaga hadapan Shanghai sempena cuti umum, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, niaga hadapan getah Jepun menyusut pada Jumaat di tengah-tengah kejatuhan dalam ekuiti Tokyo dan yen yang mengukuh, manakala harga fizikal yang rendah terus menambah tekanan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu Bernama penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah ditambah dengan kelemahan berterusan ringgit berbanding dolar AS.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia (SMR 20) susut setengah sen kepada 761.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun empat sen kepada 746.0 sen sekilogram.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM untuk fizikal SMR 20 berada pada 761.0 sen sekilogram manakala lateks pukal ialah 741.0 sen sekilogram. - BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA