Lelaki kritikal jatuh dari aras tiga hospital

Foto Fail BERNAMA

IPOH, 24 September – Seorang lelaki kritikal selepas dipercayai terjatuh dari aras tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengawal keselamatan mengesan lelaki mencurigakan di laluan tangga kecemasan kemudian mengekori lelaki berkenaan.
  • Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.
  • Mangsa dipercayai lelaki Cina tempatan berumur 60 hingga 70 tahun tanpa dokumen pengenalan, berpakaian baju T merah dan seluar slack hitam.
  • Polis memohon kerjasama orang ramai; hubungi IPD Ipoh di talian 05-2542222 atau balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang selepas seorang pengawal keselamatan mengesan lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di laluan tangga kecemasan.

Menurutnya, pengawal keselamatan berkenaan kemudian mengekori lelaki itu sebelum mendapati mangsa telah terjatuh dari aras tiga bangunan.

“Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan HRPB untuk mendapatkan rawatan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

“Mangsa dipercayai lelaki Cina tempatan berusia antara 60 hingga 70 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri ketika ditemui. Ketika kejadian, mangsa memakai baju-T lengan pendek berwarna merah dan seluar slack hitam, katanya menerusi satu kenyataan.

Polis turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa berdasarkan ciri-ciri berkenaan untuk membantu mengenal pasti identitinya.

Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Ipoh di talian 05-2542222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.