Malaysia komited pertahan prinsip, nilai Komanwel

Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) bertemu Shirley Botchwey (kiri) di New York / Foto RTM

NEW YORK, 24 September – Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memainkan peranan dalam mempertahankan prinsip dan nilai Komanwel, termasuk demokrasi, kedaulatan undang-undang serta hak asasi manusia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan menyentuh hala tuju Komanwel dalam menghadapi cabaran global semasa.
  • Malaysia ahli Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) sejak 2018, berperanan mempertahankan prinsip pertubuhan.
  • Perbincangan merangkumi persediaan CHOGM 2026, fokus kepada peluang perdagangan, pelaburan dan pengembangan jaringan dengan negara jemputan baharu.

Perkara itu antara yang dibincangkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam pertemuan bersama Setiausaha Agung Komanwel, Shirley Botchwey, di sini.

Pertemuan berkenaan turut menyentuh hala tuju Komanwel dalam mendepani pelbagai cabaran global semasa.

Malaysia merupakan anggota Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) sejak 2018, yang antara lain berperanan mempertahankan prinsip dan nilai pertubuhan itu.

Turut dibincangkan, persediaan bagi Persidangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2026 yang dijadual berlangsung di Antigua dan Barbuda dari 1 hingga 4 November.

Persidangan kali ini dijangka memberi tumpuan kepada peluang perdagangan dan pelaburan, selain usaha memperluas jaringan Komanwel dengan negara seperti Bahrain, Brazil, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu yang dijemput buat pertama kali.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.