fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas COMEX Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 naik kepada US$2,039.80 setiap auns troy daripada US$2,038.30 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis, manakala Mac 2024 pada US$2,049.70 setiap auns troy daripada US$2,048.20 setiap auns troy semalam.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 masing-masing pada US$2,057.70 setiap auns troy berbanding US$2,055.70 setiap auns troy semalam.

Tiada dagangan dicatatkan hari ini berbanding kepada 21 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 84 kontraak daripada 103 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,028.65 setiap auns troy, menurut London Bullion Market Association pada 8 Februari.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN