fb fb fb fb fb

Nahas 3 kenderaan, 21 orang maut di Afghanistan

Foto Fail

AFGHANISTAN, 17 Mac- Sekurang-kurangnya 21 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan lori tangki minyak dan motosikal di wilayah Helmand, selatan Afghanistan, hari ini.

Jurucakap Gabenor Wilayah Helmand, Mohammad Qasim Riyaz berkata kemalangan itu turut menyebabkan 38 orang lagi mengalami kecederaan.

"Insiden berlaku pada awal pagi di lebuh raya utama antara ibu kota Kabul dan bandar utara Herat di daerah Grishk.

"Ia turut menyebabkan kenderaan terbabit hangus terbakar," katanya kepada AFP di sini.

Kemalangan maut jalan raya adalah perkara biasa di Afghanistan, sebahagiannya disebabkan jalan yang rosak, pemanduan berbahaya dan kekurangan peraturan jalan raya.

Disember 2022, sebuah lori tangki minyak yang terbalik dan terbakar di Afghanistan, menyebabkan 31 orang terkorban manakala puluhan lagi mengalami kecederaan.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM