fb fb fb fb fb

Kapal perang AS tembak jatuh dron pejuang Houthi di Laut Merah

Foto REUTERS

WASHINGTON, 30 November- Dron milik pejuang Yaman, Houthi ditembak jatuh kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut Komando Pusat tentera Amerika.

Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman telah melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu sejak permulaan perang Israel-Hamas bulan lalu sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

"Kira-kira pukul 11.00 (waktu Sanaa), semasa di Laut Merah Selatan, Peluru Berpandu Pemusnah Kelas Arleigh-Burke USS Carney (DDG 64) menembak jatuh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu KAS04 keluaran Iran yang dilancarkan dari kawasan kawalan Houthi di Yaman."

"Walaupun niatnya tidak diketahui, UAV itu menuju ke arah kapal perang mengiringi kapal minyak Tentera Laut AS dan kapal bendera AS yang membawa peralatan ketenteraan," CENTCOM berkata dalam satu kenyataan.

Tiada kecederaan dan kerosakan terhadap kakitangan dan kapal AS.

Kapal perang AS telah menembak jatuh dron atau peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman beberapa kali, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Tentera Laut AS menjatuhkan beberapa dron pada 23 November, satu dron pada 15 November dan kedua-dua peluru berpandu dan dron pada 19 Oktober manakala Houthi menembak jatuh dron Amerika pada awal bulan ini.

Pelancaran dron dan peluru berpandu itu adalah sebagai tindak balas kepada serangan Israel kejam membunuh ribuan nyawa tidak bersalah terutama wanita dan kanak-kanak sejak gerakan Taufan Al-Aqsa dilancar Hamas, 7 Oktober lalu.

Israel dengan kempen serangan darat dan udara tanpa henti ke atas Gaza, membunuh hampir 15,000 orang.

Kematian tersebut telah mencetuskan kemarahan yang meluas di Asia Barat dan memberikan dorongan untuk serangan terhadap tentera Amerika dan Israel.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM