
GAZA, 20 Jun – Tentera Zionis menyerang Gaza pada Sabtu, walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa.
- Lima rakyat Palestin termasuk empat sekeluarga terbunuh; 12 lagi cedera.
- Hospital Al-Shifa terima jenazah empat mangsa termasuk dua kanak-kanak, dan seorang mangsa lain maut dalam serangan dron di utara Gaza.
- Agensi pertahanan awam sahkan serangan udara malam sasar pangsapuri di kawasan Sabra, Gaza City.
- Sejak 10 Oktober, kementerian kesihatan lapor sekurang-kurangnya 1,012 terbunuh; UNICEF catat 265 kanak-kanak maut.
Lima rakyat Palestin termasuk empat sekeluarga terbunuh, manakala 12 individu lain cedera.
Hospital Al-Shifa mengesahkan menerima jenazah keempat-empat mangsa, termasuk dua kanak-kanak.
Hospital sama turut menerima mayat seorang lagi mangsa yang terbunuh dalam serangan dron Israel berhampiran sebuah persimpangan di utara Gaza City.
Agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan, serangan udara pada waktu malam menyasarkan sebuah bangunan pangsapuri di kawasan Sabra, Gaza City.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 1,012 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober tahun lalu.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pula mendedahkan, seramai 265 kanak-kanak Palestin maut di seluruh Gaza dalam tempoh tersebut.
Jurucakap UNICEF, James Elder berkata angka itu menunjukkan secara purata seorang kanak-kanak terbunuh setiap hari sepanjang lebih lapan bulan, walaupun tempoh berkenaan sepatutnya menyaksikan sekatan terhadap keganasan dan perlindungan orang awam. – AFP