
SYDNEY, 9 September – Bintang Australia pada Piala Dunia FIFA 2026, Cristian Volpato didenda selepas gagal dalam ujian saringan dadah di tepi jalan yang mengesan kehadiran kokain.
- Polis New South Wales mengesahkan sampel kedua Volpato juga diuji positif kokain.
- Volpato didenda A$722 (AS$522).
- Lesen memandu beliau digantung sejak Julai.
- Pemain tengah Sassuolo buat tiga penampilan Piala Dunia selepas menukar taat setia daripada Itali ke Australia.
Laporan media menyebut, Volpato didakwa positif kokain selepas dia ditahan polis kerana memandu melebihi had laju di Sydney pada Julai lepas.
Polis New South Wales pada Rabu mengesahkan, keputusan sampel kedua yang diambil juga diuji positif.
Pemain berusia 22 tahun itu yang berpangkalan di Itali, didenda A$722 (AS$522).
Lesen memandunya turut digantung sejak Julai.
Volpato, pemain tengah kelab Serie A, Sassuolo, membuat tiga penampilan pada Piala Dunia selepas menukar ikrar taat setia antarabangsa daripada Itali kepada Australia sejurus sebelum kejohanan berkenaan.
Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Sydney sebelum berpindah ke luar negara, selain pernah mewakili Itali di pelbagai peringkat umur. – AFP