
KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Panama sekali lagi dilanda gempa bumi kuat, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Gempa berukuran 6.2 magnitud.
- Pusat gempa pada 7.5 darjah Utara, 80.5 darjah Barat; kira-kira 1,384 km Utara Sullana, Peru.
- Gempa berlaku pada kedalaman 10 km. METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berukuran 6.2 magnitud yang melanda Panama pada pukul 12.14 tengah hari tadi.
“Gempa terbabit berpusat pada koordinat 7.5 darjah Utara dan 80.5 darjah Barat, kira-kira 1,384 kilometer (km) Utara dari Sullana, Peru.
“Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km,” menurut kenyataan itu.
Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.