Nur Aneesa Aira raih emas acara Kata Individu Junior Wanita di Jordan

Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi

AMMAN, 9 September – Atlet karate negara dari Labuan, Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi mencipta sejarah apabila merangkul emas acara Kata Individu Junior Wanita pada Kejohanan Karate Asia 2026, sekali gus muncul juara Junior Karate Asia di Amman, Jordan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menamatkan penantian 34 tahun sejak 1992 untuk melahirkan juara karate Labuan di pentas Asia.
  • Menewaskan Jordan 4-1, Kuwait 5-0 dan Taiwan 4-1 pada pusingan awal, separuh akhir dan akhir.
  • Mengatasi gangsa 2025 dan menambah baik rekod Muhammad Aiqal Asmadie, penerima gangsa Kata Lelaki Bawah 21 tahun pada 2022.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian 34 tahun penubuhan karate Labuan sejak 1992 untuk melahirkan juara di pentas Asia.

Nur Aneesa Aira menewaskan wakil Jordan 4-1 pada pusingan pertama, sebelum mengatasi Kuwait 5-0 pada pusingan separuh akhir dan Taiwan 4-1 pada pusingan akhir.

Kemenangan itu juga mengatasi pencapaian gangsa yang pernah diraih Nur Aneesa Aira dalam kategori sama pada edisi 2025 selain menambah baik rekod Muhammad Aiqal Asmadie yang meraih gangsa Kategori Kata Lelaki Bawah 21 Tahun pada 2022.

Nur Aneesa Aira dibimbing Jurulatih Kebangsaan Kata dari Labuan, Mohd Norfarhan Nordin.

Sementara itu, seorang lagi atlet Labuan, Diya Khalish Kasryanto meneruskan cabaran dalam acara Kumite Junior Wanita bawah 66 kilogram.

Kejohanan Asian Karate Federation (AKF) Cadet, Junior & U21 Championships 2026 menghimpunkan atlet muda dari 21 negara di seluruh Asia dan menjadi antara kejohanan penting dalam pembangunan bakat muda karate di rantau ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.