
GEORGE TOWN, 2 Jun – Jawatan Presiden Kehormat dalam strukur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar dikekalkan berikutan ia mempunyai peranan simbolik dan tanda penghormatan tertinggi.
- Peruntukan jawatan Presiden Kehormat jelas terkandung dalam draf statut untuk kelulusan Kongres.
- Mohd Azizudin Mohd Shariff mengesahkan jawatan itu masih tersenarai dalam statut baharu yang diedarkan kepada ahli minggu lalu.
- Pengekalan jawatan hasil proses reformasi dengan penglibatan dan panduan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia.
- Setiausaha Agung AFC Datuk Seri Windsor John menyatakan jawatan Presiden Kehormat tidak lagi dipraktikkan oleh beberapa persatuan termasuk AFC.
Malah, peruntukan mengenainya masih jelas terkandung dalam draf statut untuk kelulusan Kongres.
Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Mohd Azizudin Mohd Shariff menegaskan, jawatan tersebut masih lagi tersenarai dalam statut baharu yang diedarkan kepada ahli, minggu lalu.
Ia juga hasil proses reformasi yang dilaksanakan dengan penglibatan dan panduan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Terdahulu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata jawatan Presiden Kehormat sudah tidak lagi dipraktikkan oleh persatuan termasuk AFC.