
KUALA LUMPUR, 10 Januari – Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, mempamerkan aksi cemerlang untuk memenangi acara 60 meter (m) pada Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham CrossPlex, Alabama, Jumaat lepas.
- Azeem Mohd Fahmi menang acara 60m pada Kejohanan Jemputan UAB Blazer di Birmingham CrossPlex.
- Azeem mencatat masa 6.60 saat, menamatkan perlumbaan dengan selesa di hadapan pesaing.
- Rakan sepasukan Omari Lewis tempat kedua dengan 6.66 saat, beza hanya 0.06 saat.
- Nikoby Johnson dari Southern Miss selesai di tempat ketiga dengan masa 6.74 saat.
Menurut laman web rasmi pertandingan, https://uabsports.com Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.60 saat sekali gus menamatkan perlumbaan dengan selesa di hadapan pesaingnya.
Rakan sepasukan beliau, Omari Lewis, mengikuti rapat di tempat kedua dengan catatan 6.66 saat, manakala Nikoby Johnson dari Southern Miss melengkapkan podium selepas merekodkan 6.74 saat.
“Azeem Fahmi meraih kedudukan pertama kolej dalam dewan. Omari Lewis pula menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan beza hanya 0.06 saat dalam acara 60m lelaki,” menurut akaun X Auburn Track & Field.- BERNAMA