17 jurulatih sertai Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 AFC

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM/foto FB Football Association of Malaysia

PETALING JAYA, 10 Januari – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula 10 hingga 23 Januari 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kursus 14 hari meliputi sesi teori dan praktikal di Arena Futsal Wisma FAM.
  • Disertai 17 jurulatih dari seluruh negara termasuk seorang jurulatih antarabangsa dari Chinese Taipei.
  • Diadakan sebagai Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 AFC pertama oleh FAM di Malaysia.

Majlis perasmian kursus berkenaan telah disempurnakan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, pagi tadi.

Kursus selama 14 hari itu merangkumi sesi teori dan praktikal yang dijalankan di Arena Futsal, Wisma FAM, di sini.

“Seramai 17 jurulatih futsal dari seluruh negara menyertai kursus berkenaan, termasuk seorang jurulatih antarabangsa dari Chinese Taipei,” menurut FAM menerusi satu hantaran di Facebook.

Kursus itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 AFC yang pertama dianjurkan oleh FAM di Malaysia.

Kursus ini dikendalikan oleh dua instruktur AFC, iaitu Chiew Chun Yong selaku instruktur utama, dengan dibantu oleh Lee Young Jin dari Republik Korea.