
WASHINGTON, 12 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata penyelesaian diplomatik dengan Iran masih terbuka meskipun ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.
- Trump kata beliau masih percaya rundingan mampu menyelesaikan krisis, bukan hanya pilihan ketenteraan.
- Beberapa perjanjian hampir dicapai sebelum ini, namun Iran didakwa sering mengubah pendirian.
- Trump dakwa kepimpinan Iran tidak stabil sehingga "tiada siapa mahu menjadi presiden".
- Jurucakap Iran Esmaeil Baghaei kata cadangan Tehran mahu menamatkan perang, sekatan dan kembalikan aset negara yang dibekukan.
Ketika ditanya sama ada konflik itu hanya mempunyai pilihan ketenteraan, Trump berkata beliau masih percaya rundingan mampu menyelesaikan krisis berkenaan.
Menurutnya, beberapa perjanjian hampir dicapai sebelum ini namun Iran didakwa sering mengubah pendirian.
Trump turut mendakwa kepimpinan Iran kini berada dalam keadaan tidak stabil sehingga “tiada siapa mahu menjadi presiden”.
Terdahulu, beliau menyifatkan respons terbaru Tehran terhadap cadangan menamatkan konflik sebagai “tidak boleh diterima sama sekali”.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei berkata cadangan dikemukakan Tehran bertujuan menamatkan perang dan sekatan terhadap negara itu.
Menurut beliau, Iran juga mahu aset negaranya yang dibekukan akibat tekanan Amerika Syarikat dikembalikan semula. – VIORY