Iran gesa hentikan semua konflik serantau

Pasukan penyelamat menjalankan operasi di lokasi serangan Israel di Kfar Jouz, Lubnan/Foto REUTERS

TEHRAN, 12 Mei – Iran menegaskan keutamaan utama negara itu ketika ini adalah menamatkan semua konflik di rantau Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keutamaan Iran ialah menghentikan semua konflik di Asia Barat, termasuk konflik antara Lubnan dan Israel.
  • Tehran kekal komited kepada usaha diplomasi secara ikhlas.
  • Semua tuntutan Iran dianggap munasabah dan selaras dengan kepentingan keselamatan serta kestabilan serantau.
  • Iran menolak campur tangan luar; kehadiran tentera asing dan tuntutan berat sebelah Amerika Syarikat memburukkan ketidakstabilan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei berkata Tehran pada masa sama kekal komited terhadap usaha diplomasi secara ikhlas.

Katanya, semua tuntutan dikemukakan Iran adalah munasabah dan selari dengan kepentingan keselamatan serta kestabilan serantau.

Tambah beliau lagi, Amerika Syarikat masih berpegang kepada tuntutan berat sebelah yang dipengaruhi Israel.

Baghaei berkata Iran juga tidak akan menerima campur tangan luar yang boleh menjejaskan keselamatan rantau itu.

Katanya, kehadiran tentera asing hanya memburukkan lagi ketidakstabilan di rantau Asia Barat.

Tegasnya, keutamaan segera ketika ini adalah menghentikan semua bentuk peperangan termasuk konflik antara Lubnan dan Israel.

Dalam masa sama, Iran mahu keselamatan pelayaran di Teluk Parsi dan Selat Hormuz terus dipelihara.

Iran, Amerika Syarikat dan Israel sebelum ini bersetuju melaksanakan gencatan senjata pada 8 April lalu selepas 40 hari konflik.

Bagaimanapun, rundingan antara delegasi Iran dan Amerika Syarikat di Islamabad pada April lalu gagal mencapai sebarang persetujuan. – REUTERS