
TEXAS, 12 Mei – Netflix berdepan saman selepas dipercayai mengumpul data pengguna termasuk kanak-kanak tanpa kebenaran.
- Peguam Negara Texas Ken Paxton mendakwa Netflix direka untuk membuat pengguna terus menonton lebih lama.
- Didakwa menjejaki corak dan pilihan tontonan pengguna sebelum menjual data kepada syarikat pengiklanan dan broker data.
- Netflix dikatakan menggunakan ciri autoplay untuk memainkan rancangan seterusnya secara automatik mengekalkan perhatian pengguna.
- Texas menuduh pelanggaran undang-undang perlindungan pengguna, menuntut pemadaman data yang dikumpul tanpa kebenaran dan penghentian penggunaannya.
Peguam Negara Texas Ken Paxton mendakwa platform penstriman itu turut direka bagi membuat pengguna terus menonton untuk tempoh lebih lama.
Netflix didakwa menjejaki corak dan pilihan tontonan pengguna sebelum menjual data itu kepada syarikat pengiklanan dan broker data komersial.
Netflix juga didakwa menggunakan ciri ‘autoplay’ bagi memainkan rancangan seterusnya secara automatik untuk memastikan pengguna terus berada di depan skrin.
Saman itu turut memetik kenyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Reed Hastings pada 2020 yang mendakwa syarikat itu tidak mengumpul data pengguna.
Texas mendakwa tindakan itu melanggar undang-undang perlindungan pengguna negeri berkenaan.
Pihak berkuasa turut menuntut Netflix memadam data yang dikumpul secara tidak sah dan menghentikan penggunaan data pengguna tanpa kebenaran.
Netflix setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut. – REUTERS