
BARCELONA, 12 Mei – Barcelona meraikan kejayaan menjulang trofi LaLiga menerusi perarakan bas terbuka pada Isnin selepas muncul juara liga musim ini.
- Barcelona mengesahkan kejuaraan LaLiga ke-29 selepas menewaskan Real Madrid 2-0 di laman sendiri.
- Gol Marcus Rashford dan Ferran Torres membawa Barcelona ke 91 mata, 14 mata di depan Real Madrid dengan tiga perlawanan berbaki.
- Skuad turut mempamerkan Piala Super Sepanyol yang dimenangi selepas menewaskan Real Madrid 3-2 pada Januari lalu.
Kelab gergasi Sepanyol FC Barcelona itu mengesahkan kejuaraan liga ke-29 selepas menewaskan seteru utama Real Madrid 2-0 di laman sendiri pada Ahad.
Jaringan Marcus Rashford dan Ferran Torres membantu skuad kendalian Hansi Flick mengumpul 91 mata sekali gus meletakkan mereka 14 mata di depan Real Madrid dengan baki tiga perlawanan.
Perarakan kemenangan bermula dari Camp Nou yang kembali dibuka semula selepas kerja naik taraf pada November tahun lalu.
Selain trofi LaLiga, pemain Barcelona turut mempamerkan trofi Piala Super Sepanyol yang dimenangi selepas menewaskan Real Madrid 3-2 pada Januari lalu.
Kekalahan itu turut membawa kepada pengunduran Xabi Alonso sebagai ketua jurulatih Real Madrid selepas lebih tujuh bulan mengendalikan pasukan berkenaan. – REUTERS