
THE HAGUE, 12 Mei – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)mengesahkan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Senator Ronald dela Rosa atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan.
- Waran tangkap dikeluarkan secara sulit pada 6 November tahun lalu, menurut jurucakap ICC Oriane Maillet.
- Didakwa bertanggungjawab bagi pembunuhan Julai 2016 hingga April 2018; sekurang-kurangnya 32 terbunuh.
- Didakwa peranan sebagai pelaku bersama tidak langsung dalam pelaksanaan perang dadah di bawah kepimpinan bekas Presiden Rodrigo Duterte.
- Didakwa terlibat dalam rancangan bersama membunuh suspek berkaitan penggunaan, penjualan atau pengeluaran dadah antara 2011 dan 2019.
Jurucakap ICC, Oriane Maillet berkata waran tangkap itu sebenarnya telah dikeluarkan secara sulit pada 6 November tahun lalu.
Menurut beliau, dela Rosa didakwa bertanggungjawab terhadap jenayah membunuh antara Julai 2016 hingga April 2018 ketika sekurang-kurangnya 32 individu dibunuh di Filipina.
ICC turut mendakwa dela Rosa memainkan peranan sebagai pelaku bersama tidak langsung dalam pelaksanaan perang dadah di bawah kepimpinan bekas Presiden Rodrigo Duterte.
Beliau juga didakwa terlibat dalam rancangan bersama untuk membunuh individu yang disyaki terbabit dengan penggunaan, penjualan atau pengeluaran dadah antara 2011 hingga 2019.
ICC kini menyerahkan kepada pihak berkuasa Filipina untuk menahan dan menyerahkan dela Rosa kepada mahkamah.
Terdahulu, dela Rosa ditempatkan di bawah perlindungan Senat Filipina selepas berlaku ketegangan dengan pihak penguat kuasa.
Duterte pula ditahan pada Mac tahun lalu sebelum dibawa ke ICC di The Hague bagi menghadapi tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan perang dadah di Filipina.
Dela Rosa sebelum ini menafikan terbabit dalam pembunuhan di luar proses undang-undang. – REUTERS