Orang ramai dinasihat tidak panik bunyi letupan meriam di Putrajaya pada 3 dan 5 jun

Putrajaya/Foto fail RTM

KUALA LUMPUR, 31 Mei- Orang ramai terutama penduduk di sekitar Putrajaya dinasihatkan supaya tidak panik apabila mendengar bunyi letupan meriam pada 3 dan 5 Jun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia sempena Istiadat Perbarisan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1.
  • Raptai penuh, 3 Jun: dua das tembakan meriam bermula 8.30 pagi.
  • Acara sebenar, 5 Jun: 21 das tembakan meriam pada 8.30 pagi.
  • Tiga laluan utama ditutup mulai 7 pagi; kesesakan dijangka 7 hingga 10 pagi; patuhi arahan polis, guna laluan alternatif.

​Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed berkata bunyi letupan itu susulan pelaksanaan tembakan meriam oleh Angkatan Tentera Malaysia bersempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara, di Presint 1.

​Beliau berkata dua das tembakan meriam akan dilepaskan pada sesi raptai penuh bermula 8.30 pagi, Rabu ini (3 Jun).

“Pada acara sebenar iaitu Jumaat (5 Jun) sebanyak 21 das tembakan akan dilepaskan pada waktu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham berkata tiga laluan utama juga akan ditutup sementara bermula 7 pagi iaitu Jalan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan di sekitar Kompleks E.

Beliau berkata kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di lokasi terbabit dari 7 hingga 10 pagi, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan polis, merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.