
KUALA LUMPUR, 1 Jun– Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai perpaduan membawa mesej jelas.
- Perpaduan sebagai faktor utama untuk mencapai cita-cita dan kemajuan negara, menyumbang kepada kedudukan ekonomi yang kukuh.
- Perpaduan bukan sekadar nilai sosial; ia menentukan kestabilan politik dan ekonomi negara.
- Ambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei untuk mengelakkan konflik dan memelihara keharmonian nasional.
- Prinsip Rukun Negara perlu terus dipelihara serta diamalkan dalam kehidupan seharian untuk negara aman dan progresif.
Pakar Perlembagaan, Datuk Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz berpandangan, titah Sultan Ibrahim memberi penekanan perpaduan bukan sekadar nilai sosial, malah faktor penting menentukan kestabilan serta kemajuan ekonomi Malaysia.
“Perpaduan merupakan perkara paling utama untuk Malaysia mencapai cita-cita yang hebat. Dari segi kedudukan ekonomi dan semua yang dicapai, adalah kerana perpaduan.
“Titah Baginda agar kita mengambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, bagi saya secara peribadi, adalah amat penting kerana Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong merupakan pancuran keadilan kepada seluruh negara,”katanya.
Dalam masa sama, beliau menjunjung kasih titah diraja yang menegaskan prinsip Rukun Negara perlu terus dipelihara dan diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai panduan membina
sebuah negara yang aman dan progresif.