Krisis bekalan petrol, Menteri Minyak Iran berundur

Mohsen Paknejad/AFP

TEHRAN, 5 Oktober -Menteri Minyak Iran, Mohsen Paknejad meletakkan jawatan ketika negara itu berdepan krisis bekalan petrol susulan konflik yang berlarutan di Asia Barat, sehingga mencetuskan barisan panjang kenderaan di stesen minyak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden menerima peletakan jawatan Mohsen Paknejad.
  • Hamid Bovard dilantik sebagai Menteri Minyak sementara.
  • Pelantikan dibuat menerusi dekri presiden.
  • Kenyataan mengenai pelantikan disiarkan oleh penyiar kerajaan IRIB.

Pejabat Presiden Iran dalam satu kenyataan memaklumkan, Presiden menerima peletakan jawatan Paknejad dan melantik Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Minyak Nasional Iran, Hamid Bovard, sebagai Menteri Minyak sementara.

Pelantikan itu dibuat menerusi satu dekri presiden, menurut kenyataan yang disiarkan penyiar kerajaan, IRIB. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.